Yayasan Pembangunan Pendidikan Daerah Baling ( YPPDB ) telah memohon peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membina bangunan sekolah tiga tingkat ( 15 bilik darjah ) untuk menambah bilangan pelajar sekolah YPPDB. Setelah meneliti permohonan dan cadangan yang dikemukakan oleh YPPDB, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat konsep yang dicadangkan itu tidak begitu sesuai dan mencadangkan pembinaan Sekolah Model Khas Baling.
Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentangkan kertas cadangan pembinaan Sekolah Model Khas Baling dalam Mesyuarat Pengurusan KPM ( Kertas bil. 15/24 1995 ) yang diurusetiakan oleh Bahagian Pentadbiran KPM pada 12 September 1995. Mesyuarat pengurusan telah memberi pertimbangan dan keputusan ke atas cadangan pembinaan Sekolah Model Khas Baling berasaskan peruntukan berikut :
Pada 1 Jun 1999, Sekolah Model Khas Baling mula beroperasi dengan empat orang kakitangan sahaja iaitu :
Sebelum sekolah ini menerima para pelajar, Sekolah Model Khas Baling sudah mempunyai kekuatan jentera penggerak seramai 14 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Pada 12 September 1999, Sekolah Model Khas Baling menerima seramai 241 orang pelajar dari sekitar daerah Baling dan Sik yang telah dipilih oleh PPD Daerah Baling Sik sebagai pelajar sulung sekolah ini. Pelajar-pelajar ketika itu terdiri daripada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tingkatan 1 sahaja.
| |
Monday, 29 October 2012
Pengenalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment