Model Khas
Monday, 29 October 2012
Kem Kecemerlangan Model Khas
Kem ini diadakan di Kem El - Azzhar , Morib , Klang selama 3 hari 2 malam . Pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi para pelajar . Kenangan yang tidak dapat dilupakan . Seringkali , program seperti ini hanya melibatkan guru dan juga para pelajar sahaja . Namun pada kali ini , para kaunselor dan juga PPM (pembantu pengasuh murid) juga turut diundang .
Sejarah Asrama SMK Meru
Pembinaan bangunan asrama bermula pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada Mei 2003 yang mana mempunyai dua blok tiga tingkat dan satu blok dewan makan. Asrama SMK Meru menempatkan pelajar Model Khas, Pelajar sukan berprestasi Tinggi (bola sepak) dan pelajar SMK Meru.
Projek Baling yang kini dikenali sebagai Projek Model Khas merupakan perancangan pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dilaksanakan buat pertama kali di daerah Baling, Kedah. Projek ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah yang miskin tetapi berpontensi dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Pelajar Model Khas ini ditempatkan di sekolah menangah dan diwajibkan tinggal di asrama. Projek Baling (Model Khas) yang dilaksanakan di SMK Meru merupakan projek keempat di Malaysia.
Guru-Guru Model Khas
Penolong Kanan Rendah
Encik Mohammad Asri Bin Ayob
Penyelaras Model Khas
Encik M. Aziz bin Hamid
Pn . Yusma
Pn . Tuan Asrozi
Pn . Azalina
Ustaz Halim
Di Selangor
"MODEL KHAS" merupakan satu projek Kementerian Pelajaran Malaysia yang juga dikenali sebagai "PROJEK BALING". Ia merupakan satu program yang menempatkan pelajar darjah 4, 5 dan 6 sekolah rendah di beberapa sekolah menengah terpilih. SMK Meru merupakah satu-satunya sekolah di negeri Selangor yang terpilih menjalankan Model Khas
Pengenalan
Yayasan Pembangunan Pendidikan Daerah Baling ( YPPDB ) telah memohon peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membina bangunan sekolah tiga tingkat ( 15 bilik darjah ) untuk menambah bilangan pelajar sekolah YPPDB. Setelah meneliti permohonan dan cadangan yang dikemukakan oleh YPPDB, Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat konsep yang dicadangkan itu tidak begitu sesuai dan mencadangkan pembinaan Sekolah Model Khas Baling.
Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membentangkan kertas cadangan pembinaan Sekolah Model Khas Baling dalam Mesyuarat Pengurusan KPM ( Kertas bil. 15/24 1995 ) yang diurusetiakan oleh Bahagian Pentadbiran KPM pada 12 September 1995. Mesyuarat pengurusan telah memberi pertimbangan dan keputusan ke atas cadangan pembinaan Sekolah Model Khas Baling berasaskan peruntukan berikut :
Pada 1 Jun 1999, Sekolah Model Khas Baling mula beroperasi dengan empat orang kakitangan sahaja iaitu :
Sebelum sekolah ini menerima para pelajar, Sekolah Model Khas Baling sudah mempunyai kekuatan jentera penggerak seramai 14 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Pada 12 September 1999, Sekolah Model Khas Baling menerima seramai 241 orang pelajar dari sekitar daerah Baling dan Sik yang telah dipilih oleh PPD Daerah Baling Sik sebagai pelajar sulung sekolah ini. Pelajar-pelajar ketika itu terdiri daripada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tingkatan 1 sahaja.
| |
Subscribe to:
Posts (Atom)